Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas bercakap kepada pemberita pada sidang media hari ini.

BDDA fokus banteras isu kemiskinan di Betong

ByNazirah Adlina

KUCHING, 14 Mac: Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) fokus untuk mengatasi isu kemiskinan di Bahagian Betong selain usaha membangunkan kemudahan infrastruktur setempat.

Pengerusi Jawatankuasa Pemandu BDDA, Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengakui kemajuan bahagian itu kini dapat dilihat dengan jelas daripada segi kemudahan asas seperti bekalan air, bekalan elektrik dan jalan raya berbanding sebelum ini.

“Walaupun infrastruktur kita dibangunkan, kita perlu pastikan rakyatnya juga dibangunkan. Oleh itu kami sedang membangunkan beberapa kawasan tumpuan yang masih mempunyai kelompok yang dianggap berpendapatan rendah.

Agak sedih jika kita adalah negeri yang maju, tetapi masih ada rakyat yang berada di kategori ini,”  tegas beliau.

Timbalan Premier Sarawak itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Permurnian Projek BDDA Fasa 1/2023 di sini, hari ini.

Selain itu, Uggah mendedahkan pihaknya kini juga sedang meneliti beberapa tanah Hak Adat Bumiputera (NCR)  yang dilihat mempunyai potensi untuk dibangunkan sebagai kawasan pertukaran karbon.

Justeru itu, Uggah memberitahu, pihaknya kini sedang dalam perbincangan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkenaan perkara tersebut.

“Saya kini sedang berbincang dengan Premier Sarawak untuk memastikan pemilik tanah NCR ini mampu mendapat manfaat daripada ekonomi baharu ini,” tegasnya.

Beliau turut menasihati pemilik tanah NCR tidak menggunakan kaedah ‘Shifting Cultivation’ iaitu kaedah membakar pokok kerana ia boleh menjejaskan pokok-pokok yang menyimpan karbon di tanah pemilik.

Menurut beliau potensi tanah berkenaan adalah untuk dibangunkan sebagai kawasan pertukaran carbon. – TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan