KUCHING, 14 Mac: Sebanyak 69 projek pembangunan di bahagian Betong telah diluluskan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dengan peruntukan berjumlah RM1.5 billion, kata Pengerusi Jawatankuasa PemanduĀ Agensi Pembangunan Bahagian BetongĀ (BDDA), Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Timbalan Premier Sarawak itu optimis peruntukan yang besar tersebut akan menyelesaikan masalah daripada segi infrastruktur fizikal di Betong sekali gus membawa manfaat kepada rakyat.
āIni adalah satu sejarah bagi kami untuk mendapat peruntukan begitu besar dalam satu pengumuman. Dulu Premier Sarawak bagi (RM) 20 juta, (RM) 30 juta, tapi kali ini bagi peruntukan RM1.5 billion,ā kata Uggah kepada pemberita di Bengkel Permurnian Projek BDDA Fasa 1/2023, di sini, hari ini.
Bengkel tersebut bertujuan untuk memuktamadkan projek-projek yang telah diluluskan agar pelaksanaan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan memberi manfaat kepada rakyat yang menunggu pembangunan di kawasan mereka.
Selain itu, Uggah turut memberitahu setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah bahagian Betong mendapat agihan peruntukan berjumlah RM200 juta.
āKita telah bermesyuarat dan memutuskan bahawa setiap kawasan DUN, kecuali Lingga diberi RM200 juta. Lingga akan diagihkan Ā RM40 juta kerana kawasannya kecik.”
Oleh itu setiap seorang ADUN dikehendaki untuk kemukakan senarai-senarai projek yang perlu dilaksanakan untuk menggunakan peruntukan yang saya sebut tadi,ā jelasnya.
Dalam pada itu, Uggah turut berharap, sekurang-kurangnya beberapa projek pembangunan bahagian Betong di bawah (BDDA) yang telah diluluskan akan mula dilaksanakan seawal Ogos ini. – TVS