Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengurus Besar Tabung Baitulmal Sarawak, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie. Foto: TVS

Tabung Baitumal Sarawak jangka peningkatan lima peratus kutipan zakat tahun ini

KUCHING, 13 Mac: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) menjangkakan kutipan zakat pada 2023 meningkat lima peratus berbanding tahun lalu.

Pengurus Besarnya, Datu Abang Mohd Shibli Abang Mohd Nailie berkata antara faktor yang menyumbang kepada kenaikan itu adalah daripada potongan gaji majikan.

“Untuk 2023, kita jangka ia naik lima peratus daripada 2022, kita dapat lihat kira-kira 67 peratus kutipan zakat adalah daripada potongan gaji.

“Kita yakin dan percaya ia boleh naik lima peratus daripada RM115 juta kepada RM120 juta. Insya-Allah, semakin banyak kutipan, semakin banyak yang dapat kami agihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima zakat perniagaan daripada Bank Islam Malaysia Berhad di Dewan Saidina Umar Al-Khatab, Ibu Pejabat TBS di Batu Kawah di sini, hari ini.

Mohd Shibli mendedahkan tahun lepas, TBS telah menerima kutipan zakat berjumlah RM115.53 juta.

“Walaupun angka itu tidak besar berbanding negeri lain, namun bagi Sarawak, ia masih merupakan angka yang baik untuk negeri ini jika ia telah melepasi angka RM100 juta.

“Seperti yang dimaklumkan sebelum ini kita telah mengagihkan RM85 juta pada tahun lepas,” katanya.

Bagi tahun ini sehingga Februari katanya, TBS telah menerima kutipan hampir RM15 juta dan kira-kira RM13.2 juta telah diagihkan kepada golongan memerlukan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan