Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JKM Sarawak telah mengenal pasti sebanyak 627 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak sebagai persiapan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan banjir. Foto Bernama.

Parlimen: Usahawan terjejas banjir diberi penangguhan bayaran pinjaman

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memberi penangguhan bayaran pinjaman kepada usahawan yang terjejas akibat banjir baru – baru ini, Dewan Rakyat dimaklumkan.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata, penangguhan yang diberikan itu sehingga enam bulan bagi usahawan yang meminjam dengan beberapa agensi di bawah KUSKOP.

“Kementerian mempunyai dasar memberi kelonggaran (kepada usahawan) menjadualkan semula pembayaran.

“Pada masa sama, kita juga mempunyai strategi turun ke lapangan bagi melaksanakan pelbagai program untuk membantu perkembangan perniagaan usahawan Bumiputera supaya mereka tidak hanya terlibat dalam sektor makanan dan minuman,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Manndzri Nasib (Barisan Nasional – Tenggara) yang ingin tahu bantuan kerajaan kepada usahawan terjejas banjir dan inisiatif bagi mempelbagaikan sektor yang boleh diteroka oleh usahawan Bumiputera.

Sementara itu, Ewon juga memaklumkan, kementerian juga bekerjasama rapat dengan kerajaan negeri untuk membangunkan usahawan di seluruh negara.

Katanya perkara itu dilakukan menerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Keusahawanan Peringkat Negeri.

“Baru – baru ini kementerian telah mengadakan mesyuarat dengan Kerajaan Sarawak berkenaan pembangunan usahawan,” katanya.

Terdahulu beliau turut memaklumkan, kementerian turut menyediakan peruntukan sebanyak RM5 juta untuk melaksanakan program Professional Training and Education for Growing Entrepreneurs (Protege) iaitu program keusahawanan di kalangan graduan pada tahun ini.

“Pelaksanaan program itu ia dijangka memberi manfaat kepada hampir 12,450 graduan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan