Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Status pengembalian sebanyak 35 peratus kerusi parlimen kepada Wilayah Sabah dan Sarawak dibangkitkan hari ini. Foto Bernama.

Parlimen: Ramai veteran ATM dari Sabah, Sarawak tidak daftar BSH

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Dewan Rakyat dimaklumkan masih ramai veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Sabah dan Sarawak belum mendaftar bagi menikmati Bantuan Sara Hidup (BSH).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ketika ini jumlah veteran yang berdaftar melebihi 200,000 orang namun kementerian mengesan ramai veteran ATM yang tidak berbuat demikian berasal dari dua wilayah berkenaan.

“Perkara itu yang menghairankan kami (malah) Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran telah ke Sabah untuk memastikan agar kebajikan dan hal ehwal para veteran yang ramai tidak berdaftar itu dapat diberikan perhatian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Muhammad Islahuddin Abas (Perikatan Nasional – Mersing) yang ingin tahu sejauh mana pelaksanaan skim BSH kepada veteran ATM yang tidak berpencen khususnya kategori B40.

Mohamad berkata, menerusi BSH, kerajaan memberikan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada veteran-veteran ATM yang tidak berpencen yang diurus oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran di bawah Kementerian Pertahanan.

Sementara itu, Mohamad berkata, bantuan berkenaan merupakan salah satu daripada inisiatif yang disediakan oleh jabatan tersebut bagi menjaga kebajikan dan memastikan para veteran ATM.

“Sebanyak 97 peratus daripada 9,000 penerima BSH merupakan veteran yang tidak berpencen dan layak menerimanya,” katanya.

Pada masa akan datang, beliau turut memberitahu kementerian bercadang untuk menambah bilangan penerima BSH kepada 15,000 orang.

“Jika diluluskan, tambahan belanjawan sebanyak RM21 juta akan dipertimbangkan kepada veteran yang berumur 80 tahun ke atas serta mereka yang layak untuk menerimanya,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan