Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemasukan pelabur asing besar seperti Amazon Web Services (AWS) dan Tesla ke Malaysia akan membantu meningkatkan nilai mata wang negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.Foto Reuters.

Parlimen: Kemasukan Tesla, Amazon ke Malaysia bantu tingkatkan mata wang

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kemasukan pelabur asing besar seperti Amazon Web Services (AWS) dan Tesla ke Malaysia akan membantu meningkatkan nilai mata wang negara, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Perkembangan itu kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh akan membantu dalam menangani kos sara hidup.

Kata beliau, keadaan itu boleh dinikmati apabila Malaysia mempunyai politik yang stabil.

“Kerajaan pada masa sama akan mengawal barangan keperluan namun tidak dapat dilaksanakan terhadap semua barang.

“Mustahil untuk kita kawal semua (barangan), pengguna boleh guna kuasa mereka untuk beli barang – barang yang mereka tahu menepati keperluan sehingga satu ketika mereka punya kuasa beli yang tinggi, barulah keadaan ini dapat diatasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ir Khairil Nizam Khirudin (Perikatan Nasional – Jerantut) yang ingin tahu strategi kementerian untuk pastikan kos bahan mentah sentiasa dalam keupayaan rakyat.

Berkenaan penguatkuasaan gaji minimum yang dijangka akan dilaksanakan pada 1 Julai 2023 ini, Fuziah berkata, kerajaan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pendapatan rakyat.

“Kita tidak harus berpuas hati terhadap gaji minima, seharusnya (kerajaan) sentiasa bergerak untuk meningkat kemampuan dan pendapatan rakyat dan di sinilah peranan Kementerian Ekonomi dalam (melaksanakan) insiatif pendapatan rakyat,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan