Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yakin perluasan pembangunan rangkaian 5G mampu mencapai sasaran 80 peratus liputan tersebut menjelang penghujung tahun ini.Foto Reuters

Parlimen: 5G di Malaysia mampu capai 80 peratus hujung tahun ini

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 13 Mac: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) yakin perluasan pembangunan rangkaian 5G mampu mencapai sasaran 80 peratus liputan menjelang hujung tahun ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, setakat 28 Februari lalu, sebanyak 4,363 tapak 5G di seluruh negara selesai dibangunkan oleh Digital Nasional Berhad (DNB).

Beliau berkata, menerusi tapak – tapak yang itu, ketersediaan rangkaian 5G telah mencapai 54.7 peratus liputan di kawasan berpenduduk.

“Selain itu, sebanyak 251 daripada 551 tapak 5G yang dirancang telah siap di Sabah manakala sebanyak 227 daripada 556 tapak 5G juga telah siap dibangunkan oleh DNB di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Lim Guan Eng (Pakatan Harapan – Bagan) yang ingin tahu tempoh masa liputan 5G di seluruh negara boleh dicapai.

Menurutnya, peratusan ini adalah termasuk tapak-tapak pemancar 5G yang telah diaktifkan oleh DNB tetapi belum boleh diakses oleh pengguna kerana syarikat penyedia perkhidmatan masih dalam proses ‘onboarding’.

“Jika dilihat tapak 5G yang boleh diakses oleh pengguna sahaja, ketersediaan perkhidmatan 5G berada pada 46.9 peratus liputan di kawasan berpenduduk,” katanya.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, kerajaan akan turut memastikan kos pelaksanaan perkhidmatan 5G kekal pada RM16.5 bilion bagi membolehkan pengguna menikmati internet pada harga yang munasabah.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan