Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemalangan membabitkan lori pembawa baja dengan sebuah lori tangki membawa simen mengorbankan satu nyawa di jalan Pan Borneo, dekat SK Sungai Sepiring, Selangau, hari ini. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Kelindan lori maut, tercampak dari lori

SELANGAU, 13 Mac: Seorang kelindan lori maut manakala dua pemandu cedera apabila dua lori terbabit dalam kemalangan di jalan Pan Borneo, di lokasi berhampiran Sekolah Kebangsaan Sungai Sepiring, dekat sini pagi ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak dalam kenyataan berkata Michael Nyanggai, 38, tercampak keluar dari lori membawa muatan baja dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Kesemua mangsa cedera dibawa ambulans Kementerian Kesihatan untuk rawatan lanjut.

Mangsa yang maut, Michael Nyanggai, tercampak keluar dari lori  membawa muatan baja dan disahkan meninggal dunia di lokasi. Foto: Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Bomba menerima panggilan pada 6.22 pagi mengenai kemalangan sebuah lori yang membawa muatan baja dengan sebuah lori tangki yang membawa muatan simen.

Kesemua mangsa tidak tersepit dan telah keluar sebelum bomba tiba di lokasi.

“Bomba membuat tindakan kerja-kerja memadam api kebakaran lori bahagian tayar,” ujarnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan