Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengasas Pink and Teal EmpowHer, Dr Abigail Jerip. Foto: TVS

Bas Penyelesaian Sehenti beri khidmat berkaitan kanser serviks di luar bandar Sarawak

ByNazirah Adlina

KUCHING, 13 Mac: Bas Penyelesaian Sehenti (One Stop Solution Bus) akan dilancarkan bagi memberi perkhidmatan ujian saringan dan rawatan kanser serviks untuk kawasan luar bandar.

Pengasas Pink and Teal EmpowHer, Dr Abigail Jerip berkata bas tersebut kini sudah siap 80 peratus dan pelancarannya akan diadakan dalam masa terdekat.

Perkhidmatan berkenaan adalah kerjasama antara Jabatan Premier Sarawak, badan bukan kerajaan (NGO) Pink and Teal EmpowHer dan Universiti Malaysia Sarawak.

“Kami akan boleh membawa rawatan kepada golongan wanita Sarawak. Bukan sahaja untuk membuat ujian saringan, tetapi juga merawat mereka. Kami akan membuat ujian saringan dan menawarkan khidmat rawatan pada hari sama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyertai kunjungan hormat Pink And Teal EmpowHer terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah di sini, hari ini.

Dr. Abigail berkata lagi, dana utama bagi projek tersebut disediakan oleh Jabatan Premier Sarawak serta disalurkan oleh Pink and Teal EmpowHer sendiri manakala bas disediakan oleh UNIMAS.

Pada 2020, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bersetuju untuk memberi dana RM500,000 bagi merealisasikan projek tersebut, ekoran peningkatan kes kanser serviks di Sarawak, terutama sekali bagi kawasan luar bandar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan