KUCHING, 13 Mac: Dua pusat penempatan sementara (PPS) di sini masih dibuka bagi menempatkan 91 mangsa banjir, setakat pagi ini.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) menerusi kenyataan berkata, Dewan Kampung Sungai Bedaun menempatkan 60 individu manakala Dewan Sinaran Lumut 31 orang.
Dua PPS itu dibuka Sabtu lepas ekoran rumah mereka dinaiki air akibat hujan lebat pada Jumaat dan Sabtu. – TVS