Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri. Foto: PDRM

Polis siasat pegawai kanan pijak leher pelatih Imigresen

IPOH, 12 Mac: Seorang pelatih Imigresen yang menjalani ujian kecergasan pegawai dan anggota Pasukan Taktikal Khas (Pastak) cedera selepas mendakwa belakang lehernya dipijak seorang pegawai kanan ketika melakukan tekan tubi di Depot Sementara Imigresen Bidor dekat sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang merupakan seorang pegawai lelaki pada jam 2 pagi kelmarin yang menyatakan dirinya dicederakan seorang pegawai kanan Imigresen.

Ujarnya, siasatan polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 pagi pada hari terakhir ujian ketika mangsa dan seorang lagi pelatih disuruh melakukan hukuman tekan tubi sebanyak 20 kali.

“Semasa melakukannya, suspek telah memijak belakang leher pengadu sehingga menyebabkan dia tersungkur dan mengalami kecederaan.

“Antaranya adalah kecederaan pada bahagian hidung, sebatang gigi hadapan patah serta luka pada gusi dan bibir,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa telah mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan, Hospital Shah Alam, Selangor selepas kejadian tersebut.

Ujar Mohd. Yusri, pihaknya telah memanggil suspek dan kesemua saksi yang terlibat bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan