Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan suspek lelaki warganegara Indonesia (gambar) yang telah melarikan diri selepas kejadian bunuh tersebut. Foto: IPD Dalat

Polis buru lelaki Indonesia dipercayai bunuh rakan senegara

DALAT, 12 Mac: Polis sedang memburu seorang lelaki Indonesia yang dipercayai membunuh rakan senegaranya di rumah pekerja ladang sawit di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dalat, Deputi Superintendan Saga Chunggat berkata, mangsa berusia 30-an yang mengalami cedera parah telah dikejar ke Hospital Dalat oleh ketua sekuriti ladang berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan setibanya di wad kecemasan Hospital Dalat pada jam 1.10 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati mangsa mengalami kecederaan parah dipercayai ditusuk di bahagian perut menggunakan objek tajam.

Saga berkata, suspek telah melarikan diri selepas menikam mangsa dan kini sedang dijejaki.

“Pasukan Bahagian Siasatan Jenayah IPD Dalat kini sedang mengesan suspek lelaki warganegara Indonesia berumur awal 50-an ,” dedahnya.

Katanya lagi, punca kejadian dikatakan akibat perselisihan faham antara mangsa, suspek dan mandur di tempat kerja di sebuah ladang di sini.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat atau menjumpai suspek (gambar) supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Rahim Ramli ditalian 017-4211852 atau mana-mana balai polis berhampiran. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan