Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mazda CX-30 2023 kini dibuka secara rasmi untuk tempahan. Foto: Rhino Automart

Peminat Mazda CX-30 2023 di Sarawak kini boleh lakukan tempahan

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 12 Mac: Wakil penjual Mazda di Kuching, Rhino Automart Sdn Bhd mengumumkan bahawa Mazda CX-30 2023 kini dibuka secara rasmi untuk tempahan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat itu pada 8 Mac lepas, memaklumkan bahawa Mazda CX-30 merupakan model pengeluaran ketiga dipasang secara tempatan (CKD) di Kilang Pemasangan Inokom di Kulim, Kedah.

Wakil penjual Mazda di Kuching, Rhino Automart Sdn Bhd mengumumkan bahawa Mazda CX-30 2023 kini dibuka secara rasmi untuk tempahan.

“Mazda CX-30 direka untuk memberi inspirasi kepada kreativiti dan dengan perkadaran untuk menawarkan kebebasan untuk pergi ke mana-mana, menjadikannya ‘crossover’ kompak yang serba lengkap yang sesuai dengan aktiviti harian yang aktif.

“Mazda CX-30 dikenali dengan cepat kerana gayanya yang anggun, pemanduan dinamik dan pembuatan yang unggul, “ kata kenyataan itu.

Jelas kenyataan itu lagi, Mazda CX-30, serupa dengan model CX-5 dan CX-8 yang dipasang di bahagian khusus kilang.

“Mazda Malaysia telah memasang proses yang serupa dan langkah kawalan kualiti yang serupa dengan kenderaan Mazda yang dikeluarkan di Jepun.

“Selain itu, kilang pemasangan juga menampilkan garisan badan automatik yang dinaik taraf dan cat gred premium yang canggih, “ ujarnya.

Kenderaan tersebut ditawarkan dengan tujuh pilihan warna, iaitu ‘soul red crystal’, ‘machine grey’, ‘snowflake white pearl’, ‘deep crystal blue’, ‘jet black’, ‘platinum quartz ‘dan ‘polymetal grey’.

Harga jualan untuk Mazda CX-30 bermula dari RM130,000 yang mana setiap pembelian akan diberi jaminan dan penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Kedua-dua jaminan dari pengilang dan penyelenggaraan percuma mempunyai tempoh perlindungan selama lima tahun dan had perbatuan sejauh 100,000km, yang mana-mana tiba terlebih dahulu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan