Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan pemandu van yang tersepit di tempat kejadian. Foto: BBP Bintulu

Lelaki maut, van dipandu bertembung bas pekerja

BINTULU, 12 Mac: Seorang lelaki menemui ajal selepas van yang dipandu bertembung dengan sebuah bas pekerja di Kilometer 40, Jalan Persisir Bintulu-Samalaju di sini, pagi tadi.

Kejadian berlaku sekitar jam 7.45 pagi itu meragut nyawa pemandu van jenis Cam Kingo, Toh Yong Teck,37, selepas tersepit di dalam kenderaan tersebut.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Christus Buson berkata, sepasukan anggota bomba digerakkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 7.58 pagi.

‘Setiba di lokasi pada jam 8.24 pagi, komander operasi mendapati kemalangan itu telah mengakibatkan kedua-dua pemandu van dan pemandu bas pekerja kilang tersepit di dalam kenderaan masing-masing,’ katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba seterusnya membuat ‘size-up’ dan berjaya mengeluarkan kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas iaitu Road Traffic Accident (RTA).

Katanya, pemandu bas berusia 39 tahun yang cedera parah dibawa ke Hospital Bintulu untuk menerima rawatan manakala pemandu van disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Bintulu bagi tindakan selanjut,”ujarnya.

Difahamkan, nahas itu berlaku apabila bas pekerja sedang dalam bergerak dari arah Pusat Bandar menuju ke Samalaju manakala van berkenaan dari arah yang bertentangan.

Christus berkata, operasi penyelamatan ditamatkan pada 10.41 pagi setelah pihak bomba memastikan keadaaan terkawal dan selamat di lokasi kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan