Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

KPK sedia bantuan khas, bantu peladang terjejas banjir

BySalasiah Safian

KUCHING, 12 Mac: Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menyediakan bantuan khas bagi membantu peladang yang terjejas akibat banjir di negara ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, bantuan yang diberikan adalah untuk mereka yang terlibat dengan sektor perladangan seperti lada, koko, getah, kelapa sawit dan sebagainya.

“Kalau yang terjejas akibat banjir, ataupun bencana jadi kita akan melakukan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Itu sebenarnya program CSR daripada agensi kita dan juga syarikat-syarikat besar untuk membantu bagi meringankan bebanan mereka terutamanya dari segi peralatan yang hilang dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Baucar Khas ‘Back To School’ Parlimen P.194 Petra Jaya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, pihaknya juga sudah mengenal pasti peladang yang terjejas akibat banjir di Johor dan bantuan akan diserahkan selepas keadaan reda.

“Bantuan tersebut akan disalurkan melalui agensi dan badan yang terlibat dengan program CSR, bantuan sama akan turut diberikan kepada peladang di Sarawak jika ada.

“Jadi sekiranya ada, kita mengharapkan kepimpinan parti kita, kepimpinan masyarakat akan memaklumkan kepada kita,” ujarnya.

Katanya, bantuan khas itu hanya untuk mereka yang terlibat dalam sektor perladangan, bagi sektor pertanian mereka ada program tersendiri, begitu juga dengan yang lain seperti kebajikan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan