Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program realiti ratu cantik terbitan TVS Dara Kenyalang bersiaran setiap Ahad jam 3 petang, siaran ulangan setiap Selasa jam 3 petang dan Jumaat 8.45 malam, hanya disaluran 122 Astro dan MYTV. Foto: Dara Kenyalang

Cabaran tarian tradisional uji peserta program ratu cantik Dara Kenyalang TVS

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 12 Mac: Selepas selesai episod kelima program ratu cantik Dara Kenyalang semalam, para peserta akan diuji dengan tugasan kedua iaitu cabaran tarian tradisional bagi menguji kreativiti dalam mencipta gerak tari yang baharu.

Para peserta dibahagikan kepada tiga kumpulan yang mana kumpulan pertama terdiri daripada Steffy, Clera, Priscilla dan Alicia, kumpulan kedua terdiri daripada Lofrenska, Dearie dan Desheila dan kumpulan terakhir iaitu kumpulan ketiga terdiri daripada Monica, Emmyissa, Amanda dan Tonnia.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Dara Kenyalang episod 4 mencabar peserta peragakan ‘catwalk’
  2. 2. Dara Kenyalang ketengah pertandingan ‘Pekit Kumang’ versi kontemporari

Juri jemputan pada episod kelima semalam, Fred Kamea manakala Angela Martin dan Wendy Earnest turut hadir sebagai juri tetap.

Bagi cabaran tarian tradisional ini, kumpulan kedua telah diumumkan sebagai pemenang iaitu Lofrenska, Dearie dan Desheila membawa pulang produk tajaan daripada Nang Ori yang bernilai RM500 setiap seorang.

Tiga nama di kedudukan tiga terendah iaitu Amanda, Clera, dan Desheila, namun tiada peserta yang tersingkir pada episod kelima semalam.

Selesai sudah cabaran kedua, dan apakah cabaran yang seterusnya? Nantikan episod keenam Dara Kenyalang pada Ahad minggu hadapan.

Program realiti ini tidak hanya menekankan pada penampilan, tetapi juga kebolehan dan keunikan personaliti diri.

Dara Kenyalang episod 4.

Dengan adanya peluang menggunakan platfom ini, diharapkan bertemu wajah-wajah baharu yang bakal memperkayakan industri hiburan terutama di Sarawak dan memperkenalkan Sarawak kepada pentas dunia.

Siapakah yang agaknya akan bakal dinobatkan sebagai ratu cantik Dara Kenyalang? Jangan lupa saksikan Dara Kenyalang setiap hari Ahad pada jam 3 petang dan siaran ulangan pada setiap hari Rabu pada jam 2 petang dan setiap hari Jumaat pada jam 8.45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari laman sesawang kami di www.tvstv.my

Tonton siaran ulangan episodic Dara Kenyalang di sini: Dara Kenyalang Episodic. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan