Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas merasmikan Smart Reader Kids Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Seri Dr Richard Ong. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Uggah seru lebih ramai wanita Dayak ceburi francais

ByMuqri Aziz

KOTA SAMARAHAN, 11 Mac: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas mahu lebih ramai wanita Dayak menceburi bidang francais sejajar dengan matlamat memperkasakan ekonomi rakyat.

Menurutnya bidang berkenaan berperanan penting dalam pemulihan ekonomi negara, terutamanya dalam mewujudkan peluang pekerjaan sejajar dengan matlamat Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

“Kerajaan Malaysia telah lama menyedari bahawa francais adalah satu cara terpantas untuk mencipta dan menambah bilangan usahawan tempatan serta mempromosikan industri francais di negara ini. Ia menggalakkan lebih banyak pihak menceburi industri ini kerana potensinya yang besar.

Foto: Zaim Zharfan TVS

“Di Sarawak, Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg juga menggesa lebih ramai usahawan tempatan untuk memgeksploitasi industri yang berkembang dengan pesat,” beliau berkata demikian pada Majlis Pembukaan Smart Reader Kids cawangan ke-22 di Taman Desa Ilmu di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Smart Reader Worldwide Sdn Bhd Datuk Seri Dr Richard Ong dan pemegang francais Smart Reader Kids Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan Sylvia Thomas.

Beliau mahu Sylvia dijadikan contoh untuk semua golongan wanita Dayak kerana beliau berani menceburi dalam bidang francais yang penuh cabaran dan dugaan.

Foto: Zaim Zharfan TVS

Pada masa sama, Uggah mahu pengurusan Smart Reader Worldwide Sdn Bhd membuka lebih banyak pusat pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak.

“Saya pasti ibu bapa akan mengalu-alukannya sebagai pilihan utama mereka yang diiktiraf dalam pelbagai pengiktirafan dan penganugerahan di persada antarabangsa.

“Penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilakukan secara berterusan untuk meningkatkan lagi program interaktifnya dan sudah tentu ia akan memberi manfaat kepada anak-anak kita,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan