Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Dr Sim Kui Hian. Foto fail: TVS

Sarawak perlukan lebih ramai jururawat – Dr Sim

SIBU, 11 Mac: Sarawak memerlukan lebih ramai jururawat untuk penjagaan akut, penjagaan khusus dan untuk penempatan di klinik-klinik kawasan pedalaman.

Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata pada masa ini nisbah perkhidmatan jururawat adalah 3.16 bagi setiap 1,000 penduduk berdasarkan populasi Sarawak seramai 2,907,500 orang pada 2020.

Sarawak perlukan lebih ramai jururawat – Dr Sim

Katanya nisbah itu adalah jauh lebih kecil berbanding kebanyakan negara membangun iaitu lapan orang jururawat bagi 1,000 penduduk.

“Pada masa ini, 93.86 peratus atau 6,146 jawatan jururawat terlatih daripada 6,548 jawatan yang ditawarkan di bawah Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak telah diisi,” katanya semasa perasmian Persidangan Kejururawatan Sarawak (SNC) 2023 di sini pada Jumaat.

Melalui teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Dr Sim berkata hanya 1,874 jawatan jururawat masyarakat (JM) telah diisi daripada 2,875 kekosongan yang ada.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan Sarawak berkata jururawat di Sarawak juga menghadapi isu kekurangan jawatan kenaikan pangkat bagi jururawat kanan, dan apabila mendapat kenaikan pangkat mereka terpaksa berpisah dengan keluarga kerana perlu berpindah ke Semenanjung.

Sehubungan itu beliau berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mempertimbangkan jawatan yang lebih senior diwujudkan di Sarawak supaya jururawat-jururawat itu dapat tinggal di kampung halaman dan berkhidmat di negeri berkenaan.

Isu penting yang lain ialah kekurangan jururawat di kawasan luar bandar berikutan pengambilan dan latihan JM dihentikan sejak 2015 serta penangguhan penaiktarafan jawatan JM kepada jururawat terlatih.

“JM yang telah mengikuti latihan menjadi jururawat terlatih lebih dua tahun yang lalu belum dilantik ke jawatan tersebut,” katanya.

Persidangan yang bertemakan “Memupuk Paradigma Penjagaan Holistik” anjuran Sarawak Nursing Professional Association (SNPA) Cawangan Sibu dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu telah disertai seramai 432 peserta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan