Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang. Foto: Bernama.

Sambutan Minggu Perpaduan Negara dijangka berlangsung pada Mei

ByBernama

KUALA LUMPUR, 11 Mac: Sambutan Minggu Perpaduan Negara yang pertama dijadualkan berlangsung selama seminggu di Kuching, Sarawak hujung Mei ini, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.

Beliau berkata sambutan berskala besar itu akan berlangsung sebelum sambutan Hari Gawai pada 1 Jun, dan ia kemudiannya akan menjelajah ke seluruh negara.

“Kita akan pergi ke Sabah, Johor, selepas itu Pulau Pinang. Semua negeri akan mengadakan program Sambutan Minggu Perpaduan ini,” katanya ketika sidang media di pelancaran Program Galeri Uniti di AEON Alpha Angle di sini, pada Jumaat.

Katanya sambutan itu akan mempamerkan pelbagai program yang dilaksanakan menerusi tiga kluster utama iaitu Semarak Kenegaraan, Program Komuniti Rahmah dan Semarak Perpaduan.

Sementara itu merujuk kepada Program Galeri Uniti yang dilancarkan hari ini, Aaron berkata ia dilaksanakan bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat melalui platform yang berkonsepkan santai dengan mempamerkan keunikan kepelbagaian adat, budaya dan kaum.

Program yang berlangsung selama tiga hari itu turut menyajikan pameran panel Moment of Unity, persembahan kebudayaan pelbagai etnik, pameran Rumah KAMI serta pameran dari pelbagai agensi dibawah kementerian.

Beliau juga berkata pihaknya sentiasa mengalu-alukan penglibatan daripada agensi awam, swasta serta badan bukan kerajaan pada masa hadapan melalui program kolaborasi strategik. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan