Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Len Talif Salleh, Datuk Abdullah Saidol dan Yusuf Abd Wahab melawat pameran pada Sambutan Hari Tanjung Manis di Tanjung Manis, hari ini. Foto: TVS

Kerjasama tunjang pembangunan mampan Tanjung Manis – Len Talif

TANJUNG MANIS, 11 Mac: Kerajaan Sarawak komited dalam memastikan pembangunan Tanjung Manis kekal mampan melalui kerjasama pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Datuk Len Talif Salleh berkata, usaha itu tidak hanya bergantung pada kerajaan sebaliknya menuntut kerjasama semua pihak termasuk pemimpin masyarakat.

“Pembangunan Tanjung Manis sebenarnya termaktub dalam perancangan jangka panjang kerajaan. Kita yakin kita berupaya merealisasikannya selagi semua pihak memberikan kerjasama.

Datuk Len Talif Salleh bersama Datuk Abdullah Saidol, Yusuf Abd Wahab dan Datu Hashim Bojet melawat pameran sempena sambutan Hari Tanjung Manis 2023 di Tanjung Manis, hari ini. Foto: TVS

“Malah, berdasarkan pencapaian, kita berjaya melaksanakan pelbagai projek rakyat di Tanjung Manis walaupun sebelum ini pernah berdepan pelbagai cabaran,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Tanjung Manis dan Sukan Rakyat di sini, hari ini.

Tambah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang itu lagi, pelbagai industri telah dibangunkan seperti industri perkayuan, pembinaan dan pembaikan kapal, perikanan laut dalam, Kluster Industri Minyak Sawit (POIC), Terminal Pengedaran Minyak Pusat (CODT), pemprosesan tepung ikan dan industri halal.

Malah katanya, usaha kerajaan Sarawak mewujudkan Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) berupaya melonjakkan lagi potensi Tanjung Manis dalam segenap bidang.

“Teruskan kerjasama ini, supaya kita dapat membangunkan Tanjung Manis sebagai sebuah pintu masuk ke wilayah tengah, ini penekanan kita. Dengan adanya usaha ini, kawasan di sekitarnya juga akan menikmati limpahan pembangunan suatu hari nanti,” katanya.

Hadir sama, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol, Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab dan Pengurus Besar Pusaka, Datu Hashim Bojet. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan