Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pertanyaan media selepas merasmikan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia hari ini. Foto: Bernama

Kaedah guna KWSP sebagai cagaran pinjaman tidak langgar akta – PM Anwar

ByBernama

IPOH, 11 Mac: Kaedah membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan, tidak melanggar Akta KWSP, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata perkara itu telah dibincangkan pihaknya dengan KWSP dan difahamkan tiada sebarang halangan untuk melaksanakannya.

Menjawab soalan mengenai kaedah itu yang mendapat pelbagai maklum balas ramai, termasuk yang negatif, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kaedah berkenaan adalah bagi membantu kes-kes tertentu.

“Biasalah… kalau ikutkan memang tidak benarkan, tetapi ada kes mendesak contohnya pencarum ada simpanan tetapi tidak mampu misalnya bayar yuran pendidikan anak ke luar negara, kes-kes kita beri pertimbangan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Terdahulu pada sesi penggulungan usul Belanjawan 2023 di Parlimen pada Khamis lepas, Anwar berkata kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Sebelum ini terdapat desakan pengeluaran KWSP secara bersasar bagi membantu golongan terkesan pasca COVID-19 serta inflasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan