Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Hazland Abang Hipni merasmikan Sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Masyarakat MBKS di Kuching, hari ini. Foto: TVS

Jabatan Alam Sekitar akan diserap ke dalam NREB – Dr Hazland

KUCHING, 10 Mac: Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan diserap ke dalam Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak dalam masa terdekat.

Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestarian Alam Sekitar Sarawak Dr Hazland Abang Hipni berkata ia merupakan langkah penurunan kuasa daripada Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan Sarawak yang dipersetujui menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Tidak lama lagi JAS akan diserap ke dalam NREB dan usaha ini merupakan hasil rundingan dengan Kerajaan Persekutuan berdasarkan MA63.

“Perkara berkaitan alam sekitar diturunkan secara persetujuan di bawah kuasa Kerajaan Negeri Sarawak, ini merupakan kejayaan kita untuk Sarawak,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Bumi 2023 Peringkat Negeri Sarawak di Dewan Masyarakat MBKS di sini, hari ini.

Penurunan kuasa itu katanya membolehkan Sarawak mengawal selia secara penuh hal ehwal berkaitan isu alam sekitar.

Ia termasuk langkah pencegahan pencemaran serta penguatkuasaan alam sekitar.

“Dengan (kuasa) ini, kita akan mengawal sepenuhnya apa sahaja perkara berkaitan dengan alam sekitar, langkah menangani perubahan iklim, menyahkarbon, pengesanan karbon dan penguatkuasaan alam sekitar,” jelasnya.

Jabatan Alam Sekitar terletak di bawah kerajaan Persekutuan yang ditugaskan untuk mentadbir isu-isu berkaitan dengan alam sekitar dan memantau penguatkuasaan aktiviti berkaitan flora dan fauna.

Sebelum ini Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 Dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata kerajaan Persekutuan bersetuju menyerahkan perwakilan kuasa di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 kepada kerajaan negeri bagi mengawal selia perkara-perkara berkenaan alam sekeliling termasuk perkara-perkara yang melibatkan buangan terjadual. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan