Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Salahuddin Ayub melancarkan pakej Hotel Rahmah yang ditawarkan oleh Hotel Elopura di Sandakan, hari ini. Foto: TVS

Elopura, hotel pertama tawar pakej penginapan harga Rahmah

ByTVS

SANDAKAN, 11 Mac: Sebuah hotel di sini menjadi hotel pertama di negara ini menawarkan pakej penginapan dengan harga Rahmah sepanjang Ramadan akan datang.

Inisiatif Hotel Elopura itu dilancarkan Menteri  Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub hari ini.

Katanya, pakej Rahmah itu secara tidak langsung akan dapat mempromosi sektor pelancongan sama ada di peringkat antarabangsa atau tempatan.

“Jelajah inisiatif Rahmah bukan hanya berhenti setakat menu, kafe dan jualan sahaja. Nampaknya inisiatif ini akan pergi kepada pelbagai sektor seperti perhotelan, perbankan, insuran dan banyak lagi yang akan saya libat uruskan,” katanya.

Menerusi pakej Hotel Rahmah itu, Hotel Elopura akan menawarkan potongan 20 peratus dengan sahur percuma bagi pelanggan sepanjang Ramadan.

Hotel Elopura turut meneruskan pakej Rahmah itu pada minggu pertama Syawal yang mana pelanggan akan menikmati potongan 20 peratus dengan sarapan percuma.

Serentak itu, Salahuddin berkata KPDN akan berusaha untuk merangkumkan lebih banyak pengusaha hotel di negara ini untuk turut sama menawarkan pakej Hotel Rahmah.

Menurut beliau, setakat ini terdapat 1,531 premis perniagaan di seluruh negara telah mendaftar dan melaksanakan Inisiatif Menu Rahmah termasuk gerai makan, restoran, cafeteria, food court dan rangkaian makanan segera. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan