Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia. Foto: Bernama.

Zii Jia tersingkir di pusingan kedua Terbuka Jerman

ByBernama

KUALA LUMPUR, 10 Mac: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia, masih bergelut dengan prestasi merudum apabila tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Jerman, malam tadi.

Pemain nombor empat dunia itu gagal menepati jangkaan sebagai pilihan utama kejohanan apabila tewas kepada pemain nombor 49 dunia dari Taiwan, Lee Chia Hao, 21-15, 20-22, 21-23 pada pertarungan selama 57 minit di Mulheim.

Pemain Taiwan itu mara ke suku akhir dengan menentang pemain Hong Kong, Lee Cheuk Yiu, esok.

Zii Jia, juata All England pada 2021, memulakan kempen  kejohanan berstatus Sper 300 Jelajah Dunia BWF itu dengan menewaskan pemain Denmark, Magnus Johannesen, 21-11, 21-5.

Sejak menjuarai Terbuka Thailand tahun lalu, Zii Jia masih belum meraih sebarang kejayaan musim ini.

Pemain berusia 24 tahun ini memulakan musim 2023 tanpa layak ke suku akhir pada tiga kejohanan apabila tersingkir pada pusingan pertama Terbuka Malaysia dikuti pusingan kedua masing-masing pada Terbuka India dan Masters Indonesia.

Tanpa bimbingan jurulatih, Zii Jia, dijangka menyertai All England di Birmingham pada 14 hingga 19 Mac ini dan Terbuka Switzerland di Basel dari 21 hingga 26 Mac ini.

Sementara itu, pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, turut ditunjukkan jalan keluar pada pusingan kedua oleh pemain Thailand, Pornpawee Chochuwong, 13-21,10-21.

Bagaimanapun, kem negara diceriakan oleh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Teoh Ee Wei apabila melangkah ke suku akhir dengan mengejutkan pilihan kedua Seo Seung Jae-Chae Yu Jung dari Korea Selatan, 21-11, 24-22.

Wakil negara itu akan berdepan dengan gandingan Korea Selatan, Kim Won Ho-Jeong Na Eun, bagi merebut slot separuh akhir, pada Jumaat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan