Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang penolong jurutera di sebuah jabatan kerajaan di Limbang mengaku bersalah dan didenda RM25,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah hari ini atas dua pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan pada 2018.

Penolong jurutera mengaku bersalah atas dua pertuduhan rasuah

LIMBANG, 10 Mac: Seorang penolong jurutera di sebuah jabatan kerajaan didenda RM25,000 atau 10 bulan penjara oleh Mahkamah Khas Rasuah pada Jumaat selepas mengaku bersalah dua pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan pada 2018.

Bagi pertuduhan pertama, Izwan Rakawi dituduh mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 165 Kanun Keseksaan (dua pertuduhan).

Hakim Steve Ritikos menjatuhkan hukuman bagi kesalahan pertama dengan denda RM15,000 atau lima bulan penjara dan tuduhan kedua didenda RM10,000 atau lima bulan penjara.

Beliau tidak diwakili peguam manakala pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abd Latif.

Berdasarkan keterangan kes, pada tahun 2018, Izwan Rakawi sebagai penolong jurutera di sebuah jabatan kerajaan di Bahagian Limbang telah menggunakan jawatannya untuk mendapatkan suapan iaitu kerja-kerja pembinaan bumbung Bangunan Tamu Terbuka Pekan Nanga Medamit Limbang yang bernilai RM299,925.06 untuk syarikat isterinya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan