Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: TVS

Pecah amanah hasil sawit lebih RM400,000, kerani wanita ditahan di Niah

MIRI, 10 Mac: Seorang kerani wanita di syarikat kelapa sawit ditahan dipercayai melakukan pecah amanah ke atas wang syarikat berjumlah lebih RM400,000 di Batu Niah, di sini, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, wanita berusia 32 tahun terbabit ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Daerah Miri di satu lokasi di Pujut pada jam 7 petang semalam.

“Suspek ditahan susulan laporan polis yang dibuat oleh pegawai eksekutif syarikat terbabit selepas dimaklumkan oleh seorang pelanggan bahawa kerani timbang sawit terbabit tidak menyerahkan bayaran kepadanya selepas jualan kelapa sawit dibuat bagi tempoh 23 November tahun lepas sehingga 7 Mac tahun ini, ” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, jumlah keseluruhan nilai kerugian yang dilaporkan oleh pengadu berjumlah RM401,720.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati suspek mengaku menggunakan wang itu untuk kegunaan peribadi,” jelasnya.

Katanya suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama tempoh empat hari.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan kerana melakukan kesalahan pecah amanah jenayah,” katanya lagi

Tambah beliau, hukuman jika disabit kesalahan adalah penjara selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari pada 10 tahun dan dengan sebat dan denda.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan