KUALA LUMPUR, 10 Mac: Bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di sini bagi berdepan beberapa pertuduhan berkaitan salah guna dana awam dan salah guna kuasa.
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) itu tiba sekitar pukul 8.41 pagi tadi dan disambut hampir 100 penyokongnya.
Baca artikel berkaitan:
- 1. Berita saya ditahan palsu – Muhyiddin
- 2. PM tidak campur tangan urusan SPRM libatkan Muhyiddin
- 3. Muhyiddin dibebas dengan jaminan SPRM – Azam Baki
Semalam, Ahli Parlimen Pagoh itu hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya untuk memberi keterangan.
Sementara itu, Muhyiddin pada satu majlis di Gombak semalam memaklumkan beliau disoal oleh pihak berkuasa berkaitan Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan kuasa perdana menteri berkaitan pengecualian cukai oleh SPRM. -TVS