SIBU, 9 Mac: Polis merampas pelbagai jenis rokok serta minuman berkeras yang dianggarkan bernilai keseluruhan RM842,300 dalam sebuah gudang di Lorong Ding Lik Kong di sini pada Rabu.
Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili, seorang lelaki tempatan turut ditahan dalam serbuan ‘Ops Kontraban’ yang dilancarkan oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) pada jam 9 pagi.
“Hasil pemeriksaan di dalam gudang tersebut menemui pelbagai jenis rokok dan minuman keras yang dipercayai tidak bercukai dan seorang lelaki berusia 43 tahun gagal memgemukan dokumen sah pemilikan barangan tersebut,” katanya ketika dihubungi hari ini.
“Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967,” tambah beliau. -TVS