Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sebarang pengeluaran pra-persaraan tambahan baharu sama ada secara bersasar atau terbuka akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan yang kini telahpun berada pada tahap yang amat membimbangkan, menurut Kementerian Kewangan. Foto: Bernama

KWSP Cagaran Bank: Pemangkin kesegaran ekonomi bagi jangka masa pendek

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 10 MAC: Cadangan bagi membolehkan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan wang caruman sebagai cagaran kepada bank disifatkan sebagai pemangkin kepada kesegaran perkembangan ekonomi untuk jangka masa pendek.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan UNIMAS Dr Dzul Hadzwan Husaini berkata, ia juga dapat membantu mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat, selain menyuntik modal untuk memperbaiki keadaan yang sangat mencabar.

“Langkah ini lebih bertepatan kerana ia tidak melibatkan pengeluaran yang tidak mampan, di sini juga ada elemen kebertanggungjawaban untuk memastikan objektif utama KWSP itu tidak diketepikan,” kata Dr Dzul ketika dihubungi TVS di sini, hari ini.

Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan Dr Dzul Hadzwan Husaini.

.

Dr Dzul juga berharap agar permasalahan birokrasi dipermudahkan seperti kelulusan tanpa tapisan CTOS dan CCRIS kerana pencarum telah dijamin sepenuhnya oleh pihak KWSP.

Beliau juga menyuarakan agar langkah ini dapat dipanjangkan kepada ahli yang tidak aktif seperti suri rumah dan peniaga untuk menikmati inisatif ini.

“Mungkin suri rumah yang mempunyai lesen perniagaan ataupun pasangan yang bekerja mahupun berniaga mungkin boleh diberikan kelayakan,” kata Dr Dzul.

Terdahulu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan akan memperkenalkan kaedah yang membolehkan pencarum KWSP menggunakan wang caruman di agensi itu sebagai cagaran kepada bank bagi tujuan pembiayaan kewangan.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, kaedah itu boleh ditawarkan kepada mana-mana pencarum KWSP yang ‘terdesak’ untuk mendapatkan pinjaman kewangan dengan cagaran daripada agensi terbabit.

Perdana Menteri itu menyifatkan kaedah KWSP memberikan ruang kepada pencarum yang mempunyai wang dan dalam keadaan terdesak meminjam daripada bank dengan jaminan cagaran bank merupakan langkah yang terbaik.

Anwar berkata, mereka yang dicadangkan boleh melakukan pengeluaran itu namun ia hanya tertumpu kepada yang mempunyai wang dalam KWSP.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan