Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Enam rumah terbakar 100 peratus, dua rumah hangus 50 peratus manakala sebuah rumah 20 peratus. Foto: JBPM Sarawak.

80 penghuni terjejas dalam kebakaran di Kampung Wireless

MIRI, 10 Mac: Lapan puluh orang terjejas apabila sembilan rumah terbakar di Kampung Wireless di sini, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak berkata enam rumah terbakar 100 peratus, dua rumah hangus 50 peratus manakala sebuah rumah 20 peratus.

Bomba menerima panggilan kebakaran yang membabitkan 12 keluarga pada 7:15 pagi.

“Kerja-kerja mengawal dan memadam kebakaran masih dijalankan di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Operasi pemadaman membabitkan anggota dan pegawai bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Miri Sentral dan Lutong.

“Pemadaman juga turut dibantu menggunakan pam angkut dan kapal nelayan milik persendirian penduduk kampung dengan satu aliran dua nozel,” katanya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan