“Di peringkat global, trafik udara kini sebanyak 84.2 peratus daripada paras Januari 2019,” katanya, menunjukkan pemulihan dalam permintaan penumpang global.
IATA berkata trafik domestik untuk Januari 2023 meningkat 32.7 peratus berbanding tempoh tahun lepas, dibantu oleh langkah menarik balik dasar sifar COVID di China.
Jumlah trafik domestik pada Januari 2023 sebanyak 97.4 peratus daripada paras Januari 2019, katanya.
Sementara itu, trafik udara antarabangsa melonjak 104 peratus dalam bulan tersebut berbanding Januari 2022 dengan semua pasaran mencatatkan pertumbuhan yang kukuh, diterajui oleh syarikat penerbangan di rantau Asia Pasifik.
RPK antarabangsa juga meneruskan pertumbuhannya yang kukuh untuk mencapai 77 peratus daripada paras Januari 2019, katanya. – TVS