Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.

TERKINI: Anwar umum dana RM600 juta kepada PKS Sarawak dan Sabah

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan dana tambahan berjumlah RM600 juta kepada Sabah dan Sarawak untuk membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, sebanyak RM100 juta akan disediakan melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).

“Saya zahirkan keperluan menyokong golongan usahawan dan peniaga.

“Oleh itu saya nak tambah, kerajaan akan (beri) peruntukan khusus dalam bentuk dana pinjaman mikro melalui BSN RM100 juta dan kemudahan jaminan PKS dari bank (sebanyak) RM500 juta,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 Peringkat Dasar bagi Kementerian Kewangan, di sini, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan