Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif STB, Sharzede Datu Salleh Askor (duduk kiri) dan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tischler Reisen AG Michael Metzner (duduk kanan) pada majlis menandatangani MoU antara STB dan dan Tischler Reisen AG baru-baru ini. Foto: Foto fail STB.

Sarawak Pavillion di ITB Berlin kukuhkan Sarawak dalam pasaran Eropah

ByAkma Salleh

KUCHING, 9 Mac: Sarawak Pavillion yang ditampilkan pada pameran perdagangan pelancongan terbesar dunia iaitu International Tourismus Borse (ITB) di Berlin mengukuhkan Sarawak dalam pasaran Eropah.

Menerusi kenyataan hari ini, Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) memaklumkan, Sarawak telah mempamerkan persembahan mantap melalui Sarawak Pavillion yang sulung kali ini.

“Pavillion itu mengukuhkan kehadiran Sarawak dalam pasaran Eropah sekali gus menjadikan Sarawak sebagai salah satu lokasi ekopelancongan terkemuka dan pilihan di rantau Asean,” ujar kenyataan.

Menurut STB, pameran berkenaan berlangsung selama tiga hari bermula 7 hingga 9 Mac.

“Pameran di Pavilion Sarawak ini turut menawarkan destinasi pelancongan, kepelbagaian budaya, makanan, serta keindahan alam semula jadi yang ada di Sarawak yang mungkin tidak ada di tempat lain,” jelas STB lagi.

Sementara itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan (MTCP) Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata Pavilion Sarawak mencerminkan kepelbagaian yang ada di Bumi Kenyalang yang memacu pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama dalam pertumbuhan ekonomi negeri.

“Kita berbangga kerana rakan kongsi strategik menjadikan Sarawak lebih menonjol di dunia khususnya pada pameran ITB Berlin tahun ini.

“Kita juga berasa amat bertuah kerana mendapat sokongan Authentic Borneo Tours, Borneo Adventure, Business Events Sarawak (Sarawak Convention Bureau), CPH Travel Agencies (Sarawak), Greatown Travel, Happy Trails Borneo Tours, Hemisfera Hospitaliti, Paradesa Borneo, Smart Leisure & Travels untuk bekerjasama dalam meningkatkan keterlihatan Sarawak di mata global,”  jelasnya.

Sehubungan itu, penyertaan hari pertama Sarawak di ITB Berlin menyaksikan pelancaran video destinasi baharu ‘Sarawak…Now More Than Ever’ dan persembahan video mengenai produk pengembaraan Sarawak seperti aktiviti berbasikal, trekking serta Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) 2023.

Turut berlangsung pada hari yang sama majlis pemeteraian Memorandum Persefahaman (MOU) antara Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) dan Tischler Reisen AG sebagai usaha kerjasama untuk meningkatkan keterlihatan Sarawak ke arah menjadi destinasi pilihan di kalangan rakyat Jerman dan pasaran Eropah.

Majlis menandatangani perjanjian tersebut turut disaksikan Dato Sri Abdul Karim, Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Pengerusi STB Dennis Ngau, Setiausaha Tetap MTCP Datu Sherrina Hussaini, Ketua Pengarah Tourism Malaysia Dato’ Zainuddin Abdul Wahab dan Duta Besar Malaysia ke Republik Persekutuan Jerman Dr Adina Kamarudin. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan