Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tangkap layar menunjukkan sekumpulan lelaki bergaduh di Jalan Merdeka di bandar ini. Foto: Tangkap layar video tular di media sosial.

Polis kenal pasti individu terlibat kes gaduh di Limbang

LIMBANG, 9 Mac: Polis sudah mengenal pasti individu yang dipercayai terlibat dalam kes pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki di Jalan Merdeka di sini dalam insiden yang berlaku pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintendan Parum Niot berkata, pengesanan dibuat menerusi satu video klip berdurasi 19 saat yang tular di media sosial berhubung kejadian pergaduhan terbabit.

“Pihak polis juga sudah mengenal pasti individu-individu yang dipercayai terlibat di dalam kes berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Parum berkata satu laporan polis telah diterima berkaitan kes terbabit untuk disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan berhubung kes gaduh gempar.

Katanya ia merupakan suatu kesalahan yang boleh dikenakan hukuman enam bulan penjara atau denda atau kedua-dua nya sekali kepada individu-individu yang didapati terlibat di dalam pergaduhan tersebut.

“Polis memohon mana-mana individu yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Parum meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini di minta untuk tampil ke Balai Polis Limbang bagi menyalurkan maklumat atau boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Shafiq Naim Mohd Shafri di talian 085-211466. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan