Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dewan Rakyat dimaklumkan Sabah dan Sarawak bersetuju untuk wujudkan estet padi berskala besar seperti yang dilaksanakan di utara Semenanjung Malaysia. Foto Firdaus Ismail (TVS)

Parlimen: Sarawak dan Sabah setuju bangunkan estet padi berskala besar

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kerajaaan Sarawak dan Sabah bersetuju secara dasar untuk membangunkan estet padi berskala besar di dua wilayah berkenaan, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, inisiatif itu akan dilaksanakan oleh Felcra Berhad di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW).

Kata beliau, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor memberi komitmen yang baik ke arah melaksanakan projek berkaitan keterjaminan makanan negara itu.

“Felcra Berhad akan mengeksplorasi pembangunan segmen estet padi berskala besar iaitu di Kota Belud dan Kota Marudu di Sabah manakala di Sarawak, kawasan yang dikenal pasti ialah Sri Aman.

“Potensi yang dilihat bagi kedua-dua negeri ini ialah dengan keluasan sekitar 15 hingga 20 000 hektar,” katanya.

Kawasan Batang Sadong di Sarawak turut mempunyai kawasan penanaman padi yang diusahakan penduduk setempat. Foto Aziz Soleh (TVS).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat kementerian dan kerajaan negeri akan digerakkan bagi melihat bentuk inisiatif serta memudahkan perlaksanaan mandat berkenaan.

“Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan estet padi ini tanpa menghilangkan hak milik tanah individu dan kerajaan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan