Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
China akan memberi sokongan kepada kerajaan Malaysia dalam menjayakan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto: Bernama

Parlimen: Malaysia terus jalin hubungan erat dengan China

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Malaysia akan terus menjalinkan hubungan erat dengan China, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sejak 2009, China menjadi rakan dagangan terbesar Malaysia malah nilai perdagangan meningkat sebanyak 17.1 peratus pada tahun lepas.

“China juga merupakan pelabur terbesar Malaysia pada 2022 dengan nilai yang direkodkan sebanyak RM98.4 bilion,” katanya ketika menyampaikan Penggulungan Perbahasan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Pada masa sama, Zambry memberitahu, Taiwan pula merupakan rakan dagangan kelima terpenting Malaysia apabila jumlah perdagangan meningkat sebanyak 35. 8 peratus pada tahun lepas berbanding 2021.

“Dalam aspek pelaburan pula, Taiwan telah melabur sebanyak RM21.6 bilion di Malaysia pada tahun lepas,” katanya.

Sehubungan itu katanya, demi menjamin kepentingan ekonomi untuk manfaat bersama, Malaysia mengambil pendekatan seiring dengan kepentingan strategik China dan mengiktiraf Dasar Satu China.

“Ini selari dengan dasar luar Malaysia yang berkecuali dan mengutamakan kepentingan negara bagi memastikan kita mendapat manfaat maksimum membabitkan kerjasama ekonomi,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan