Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Satu PAWE yang beroperasi di Kuching, Sarawak yang memberi peluang kepada warga emas terlibat dalam aktiviti komuniti. Foto TVS.

Parlimen: KPWKM sasar tubuh lebih banyak pusat warga emas di seluruh negara

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menyasarkan untuk menubuhkan lebih banyak Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) di kawasan Parlimen yang belum mempunyai kemudahan berkenaan.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ini akan memberikan peluang kepada lebih ramai warga emas di seluruh negara mendapat akses untuk terlibat dengan aktiviti di peringkat komuniti sekali gus memastikan mereka kekal aktif dan produktif.

“Ketika ini, terdapat 161 buah PAWE meliputi 146 kawasan Parlimen di seluruh negara yang dimanfaatkan oleh seramai lebih 52 000 warga emas.

“Setiap PAWE menerima peruntukan tahunan sebanyak RM50,000 bagi tujuan pengoperasian yang meliputi elaun penyelia, pengurusan dan pengoperasian, program dan aktiviti dan sewaan premis,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Penggulungan Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 Peringkat Dasar bagi kementeriannya, di sini, hari ini.

Sementara itu, Nancy turut memaklumkan, PAWE yang diwujudkan pada 2001 merupakan satu perkhidmatan bercorak pendampingan sosial dan pembangunan kepada warga emas.

“Kelulusan penubuhan sesebuah PAWE adalah berasaskan lima kriteria utama iaitu lokasi, populasi warga emas, komuniti penggerak, premis dan sokongan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah dan negeri,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan