Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Harga tambang penerbangan, skim pencen warga emas tumpuan Dewan Rakyat hari ini (9 Mac). Foto: Envato.

Parlimen: Harga tambang penerbangan, skim pencen warga emas tumpuan Dewan Rakyat hari ini

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Persoalan mengenai rancangan jangka panjang Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), untuk mengatasi harga tambang penerbangan yang terlalu tinggi antara Semenanjung dan Sabah, merupakan antara perkara yang akan dibincangkan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, perkara itu dibangkitkan oleh Vivian Wong Shir Yee (PH-Sandakan) kepada Menteri Pengangkutan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT).

Pada sesi itu juga, Yuneswaran A/L Ramaraj (PH-Segamat) meminta Menteri Ekonomi menyatakan bagaimana Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR), dapat membantu isi rumah B40 dan miskin tegar menjana pendapatan dan peranan Kementerian Ekonomi untuk memastikan 100,000 miskin tegar dapat terlibat dalam inisiatif ini.

Pada sesi jawab lisan, William Leong Jee Keen (PH-Selayang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyatakan, sama ada kerajaan bercadang melaksanakan skim pencen warga emas untuk rakyat berumur 65 tahun ke atas, yang tidak menerima pencen kerajaan ataupun PERKESO.

Selain itu Sanisvara Nethaji Rayer A/L Rajaji (PH-Jelutong) pula meminta Menteri Kewangan menyatakan adakah Kerajaan Perpaduan, akan memperkenalkan semula cukai GST yang telah membebankan rakyat sebelum ini.

Selesai sesi itu, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan penggulungan hari terakhir Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 di peringkat dasar.

Persidangan kali ini berlangsung selama 31 hari sehingga 4 April. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan