Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil ketika sesi penggulungan belanjawan pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini.Foto Bernama.

Parlimen: 7.7 juta premis nikmati sambungan gentian optik

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 9 Mac: Sebanyak 7.7 juta premis telah siap disediakan dengan sambungan gentian optik bagi jalur lebar talian tetap menerusi projek Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) Fasa 1, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pencapaian itu sekali gus melebihi jumlah 7.5 juta premis yang disasarkan.

Bagi jalur lebar mudah alih pula katanya, pencapaian liputan setakat suku keempat tahun lepas  adalah 96.9 peratus di kawasan berpenduduk sebagaimana yang disasarkan.

“Selain itu, kadar purata muat turun jalur lebar mudah alih telah mencapai 116.03 Mbps berbanding sasaran asal sebanyak 35 Mbps.

“Menjelang akhir 2025 di bawah JENDELA Fasa 2 (2023-2025), sasaran kerajaan adalah untuk meningkatkan akses gentian optik kepada sembilan juta premis di seluruh negara dan meluaskan liputan jalur lebar kepada 100 peratus kawasan berpenduduk di seluruh negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan Belanjawan 2023 Peringkat Dasar di Parlimen hari ini.

Sementara itu, Fahmi turut memaklumkan bagi memperkasakan lagi aspek kesalinghubungan ini, kementerian telah mempercepatkan penyediaan perkhidmatan jalur lebar melalui teknologi satelit di 839 lokasi di kawasan pedalaman di seluruh negara.

Pada asalnya beliau memberitahu, projek itu dirancang untuk dilaksanakan pada tahun ini namun berjaya disiapkan sepenuhnya pada tahun lepas.

“Kerajaan juga turut melaksanakan penyediaan infrastruktur jalur lebar menggunakan kaedah Point of Presence (PoP) hab gentian optik yang merupakan salah satu alternatif dalam memastikan jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluaskan ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman di seluruh negara dengan lebih baik,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan