Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tan Sri Muhyiddin Yassin dibebaskan dengan jaminan dan akan ke mahkamah pada Jumaat. Foto: Bernama

Muhyiddin dibebas dengan jaminan SPRM – Azam Baki

ByBernama

PUTRAJAYA, 9 Mac: Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ditahan hari ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tetapi akan tetap hadir ke Mahkamah Kuala Lumpur esok untuk pendakwaan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki.

“Muhyiddin dibebaskan dengan jaminan dan akan ke mahkamah esok,” katanya ringkas ketika dihubungi Bernama.

Muhyiddin yang ditahan pada 1 tengah hari tadi dibebaskan pada 8.20 malam ini selepas hadir untuk dirakam percakapan bagi melengkapkan proses siasatan akhir berhubung projek Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa) dan isu berkaitan di ibu pejabat SPRM di sini.

Menurut SPRM, pihaknya telah mendapat izin untuk mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu daripada Pejabat Peguam Negara.

SPRM memaklumkan Muhyiddin bakal berdepan pertuduhan di bawah Akta SPRM 2009 serta Seksyen 4(1) b Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

SPRM sebelum ini telah membekukan akaun Bersatu dan beberapa individu termasuk Ketua Penerangan parti itu Datuk Wan Saiful Wan Jan dan Timbalan Ketua Bahagian Bersatu Segambut Adam Radlan Adam Muhammad, yang didakwa di mahkamah berkaitan projek Jana Wibawa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan