Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kenyataan di sini hari ini memaklumkan, selain itu faktor lain yang turut menyumbang kepada perkara itu ialah cabaran struktur gaji, dengan 44 peratus penyumbang KWSP mempunyai pendapatan kurang dari RM2,000 dan 81 peratus mempunyai pendapatan kurang dari RM5,000.
“Caruman yang tidak konsisten disebabkan oleh ahli yang beralih keluar dan masuk dari sektor formal, di mana hanya 45 peratus daripada 4.81 juta ahli dalam kumpulan umur ini, telah membuat caruman pada 2022 manakala selebihnya tidak membuat sebarang caruman pada tahun lepas.
“Hanya separuh daripada tenaga kerja sektor swasta yang berada di bawah kontrak pekerjaan formal, diwajibkan untuk membuat caruman kepada KWSP. Tenaga kerja selebihnya terdiri daripada individu dalam sektor lain seperti pertanian, pekerjaan tidak formal, pekerja kontrak atau pemilik perniagaan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu KWSP memaklumkan, sebanyak 2.85 juta atau 59 peratus daripada ahli daripada kumpulan umur berkenaan, telah memohon lebih daripada satu kali pengeluaran berkaitan COVID-19 dan mengeluarkan sebanyak RM62 bilion, seterusnya mengurangkan lagi jumlah simpanan mereka. – TVS