Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben pada sidang media sempena Mesyuarat Meja Bulat: Ke Arah Penghasilan Minyak Sawit Mampan di Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Estet padi di Sarawak: Martin Ben sifatkan sebagai satu langkah yang baik

ByNur Suhaida Muliyono

KUCHING, 9 Mac: Rancangan mewujudkan estet padi berskala besar di Sarawak disambut baik Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Martin Ben.

Menurutnya, rancangan itu dapat membangunkan tanah yang terbiar di bawah Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) dan ia boleh dibangunkan secara usaha sama dengan agensi-agensi di bawah kerajaan Sarawak.

Wujudkan ladang padi berskala besar satu langkah baik

“Kita (Sarawak) telah dikenal pasti sebagai jelapang padi baharu negara. Justeru kalau dapat direalisasikan, perkara itu adalah bagus,” katanya pada sidang media sempena Mesyuarat Meja Bulat: Ke Arah Penghasilan Minyak Sawit Mampan di Sarawak, di sini hari ini.

Beliau mewakili Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Selasa mengumumkan kerjasama antara FELCRA dan kerajaan Sarawak untuk membangunkan estet padi.

Beliau yakin estet itu juga akan menyumbang kepada keterjaminan makanan pada masa hadapan.

Dalam pada itu Martin berkata kerajaan Sarawak akan mencari pendekatan untuk memulangkan semula cukai yang dikenakan ke atas pekebun-pekebun kecil di Sarawak.

Ujarnya, pihaknya akan membawa isu tersebut kepada Kerajaan Persekutuan memandangkan perihal cukai terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.

“Kita akan cari pendekatan, mungkin dari insentif pengeluaran atau penghasilannya. Perkara ini akan dikaji Kementerian Perladangan dan Komoditi,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan