KUALA LUMPUR, 8 Mac: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menafikan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.
Ketua Penerangan Pemudanya, Mohd. Ashraf Mustaqim sebaliknya memaklumkan, Muhyiddin akan hadir ke Ibu Pejabat SPRM esok untuk membantu siasatan.
“Itu fitnah jahat mengatakan beliau telah ditahan,” katanya ketika dihubungi TVS sebentar tadi.
Beberapa laporan sejak petang tadi melaporkan Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh itu ditahan ketika sedang bermain golf di Selangor petang tadi.
Baca artikel berkaitan >>> Berita saya ditahan palsu – Muhyiddin
Sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi daripada SPRM mengenai perkara ini.
Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan bekas Perdana Menteri itu akan dipanggil memberi keterangan berhubung dana Jana Wibawa. -TVS