Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Golongan OKU bersama ibu bapa yang menghadiri majlis di PPDK Pakan. Foto: TVS.

PPDK Pakan idam bangunan baharu

PAKAN, 8 Mac: Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Pakan mengidamkan bangunan baharu yang lebih selesa bagi menampung keperluan pelatih di pusat berkenaan.

Pengerusi PPDK Pakan, Ting Kew Ming berkata, sejak ditubuhkan, PPDK Pakan bukan sahaja mendapat sambutan penduduk berhampiran tetapi juga ibu bapa atau penjaga dari kawasan jauh di Hulu Pakan.

Pengerusi PPDK Pakan, Ting Kew Ming ditemui TVS semalam. Foto: TVS.

Malah katanya, bangunan baharu itu nanti membolehkan mereka beroperasi dengan lebih baik dalam membantu Orang Kurang Upaya (OKU).

“Kami hendak meminta tapak baharu PPDK sebab banyak yang dari pedalaman. Kita semua pun tahu kawasan Pakan ini dari segi logistik iaitu pelatih yang terdiri daripada golongan OKU dan ibu bapa mereka susah untuk datang ke sini serta ada yang tidak membawa keluarga datang ke sini. Jika ada bangunan baru, mereka boleh bermalam dan tidak perlu pulang hari dari sini,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Beliau berkata, tapak baharu seluas 12 ekar yang terletak tidak jauh dari bangunan sedia ada sudah dikenal pasti bagi tujuan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau optimis hasrat itu bakal menjadi kenyataan dalam tiga tahun lagi berdasarkan respons baik penduduk dan pemimpin setempat.

“Bangunan dalam setingkat semuanya sebab kita pun tahu golongan OKU tidak pandai menaiki tangga. Anggaran kami adalah dalam lebih kurang untuk 50 atau 60 orang. Jadi ada bangunan untuk mereka bermalam serta dewan untuk disewa bagi boleh menjana kewangan untuk PPDK. PPDK sekarang tidak boleh berharap semua daripada kerajaan,” katanya lagi.

PPDK Pakan yang ditubuhkan pada 2009, kini mempunyai seramai 17 orang pelatih melalui bimbingan seorang penyelia dan dua petugas,

Ia bukan sekadar menyediakan tempat tinggal kepada OKU, tetapi juga berfungsi sebagai pusat pembelajaran bagi membina kebolehan dan menjana pembangunan mereka. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan