Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan antara agensi yang diberi tanggungjawab menjaga keselamatan negara di sempadan Sarawak - Kalimantan. Foto ATM.

Parlimen: Malaysia akan tandatangani perjanjian lintas sempadan dengan Indonesia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Malaysia akan menandatangani Perjanjian Lintas Sempadan dengan Indonesia yang melibatkan urusan keluar masuk rakyat kedua – dua negara di Sabah dan Sarawak dengan Kalimantan, Dewan Rakyat dimaklumkan hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, perjanjian itu dijangka akan ditandatangani ketika lawatan Presiden Indonesia, Joko Widodo ke Malaysia pada tahun ini.

Kata beliau, ketika ini kerajaan sedang memuktamadkan tiga perkara di bawah perjanjian itu termasuk senarai pintu masuk sedia ada.

“Kemungkinan juga (akan diwujudkan) pintu masuk baharu namun mesti dipersetujui oleh kedua – dua negara,” katanya pada Sidang Parlimen di sini hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Roy Angau Gingkoi (Gabungan Parti Sarawak – Lubok Antu) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk menambah baik kemudahan infrastruktur serta memperkasa tenaga kerja di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) sepanjang sempadan Malaysia dengan Indonesia.

Sementara itu, Saifuddin berkata, kerajaan menyedari ‘ancaman’ yang bakal wujud apabila pintu keluar masuk di sempadan Malaysia dengan Kalimantan dibuka.

“Di sinilah jika kita tidak berhati – hati akan terkait (wujud) isu keselamatan, penyeludupan manusia, dadah, senjata dan ancaman keselamatan lain,” katanya.

Saifuddin menambah, perkara kedua menerusi perjanjian itu ialah perbincangan memuktamadkan kawasan yang boleh diakses oleh rakyat kedua – dua negara.

“Kita juga sedang melakukan semakan terhadap perkara yang melibatkan perundangan menerusi perjanjian berkenaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan