Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Antara sajian yang akan disajikan di Iftar Ramadan Berambeh Raia Buffet, Raia Hotel and Convention Centre Kuching bersempena Ramadan yang akan tiba. Foto: Salasiah Safian (TVS)

Lebih 200 sajian di Iftar Ramadan Berambeh Raia Buffet

BySalasiah Safian

KUCHING, 8 Mac: Raia Hotel and Convention Centre Kuching menyajikan lebih 200 sajian di Iftar Ramadan Berambeh Raia Buffet sepanjang bulan Ramadan yang akan tiba tidak lama lagi.

Menurut Pengurus Besarnya, Nassarudin Naina Mohamed, menu kali ini meliputi hidangan makanan dari utara hingga selatan Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, selain menyajikan hidangan dari Timur Tengah, dan Barat.

Antara hidangan makanan yang disediakan di Raia Hotel. Foto: Salasiah Safian (TVS)

“Keunikan kami adalah pada juadah yang dihidangkan kerana seperti yang anda tahu, Raia Hotel juga terdapat di Alor Setar, Terengganu, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang. Jadi kami mengumpulkan semua hidangan ini dan dibawa ke Kuching supaya semua boleh merasa.

“Tak perlulah nak pergi sana-sini, kita ada juadah ini dari seluruh Malaysia, termasuk dengan Timur Tengah dan Barat,” katanya ketika ditemui media di Iftar Ramadan Preview di sini baru-baru ini.

Oleh itu, beliau menyarankan agar orang ramai membuat tempahan awal kerana harga yang ditawarkan adalah berbeza, tempahan awal akan ditutup pada 21 Mac ini.

“Jadi kami akan buat yang terbaik untuk masa bufet Ramadan nanti, jadi cepat-cepat buat tempahan awal iaitu dengan harga RM73.50 sehingga 21Mac 2023. Harga asal adalah RM105 dan untuk kanak-kanak RM52.50 dan untuk warga emas RM73.50.

“Bagi sembilan orang pembelian, orang yang kesepuluh itu adalah percuma. Jadi kalau sebuah keluarga ada sembilan orang, mereka boleh bawa seorang lagi dan orang yang kesepuluh itu adalah percuma,” ujarnya.

Selain itu, sepanjang bulan Ramadan, pihak Raia Hotel akan menjemput Sekolah Maahad Tahfiz berdekatan untuk mengimamkan solat tarawih di sana.

Berkenaan kemudahan yang disediakan di Raia Hotel katanya, tempat letak kereta boleh memuatkan sehingga 415 buah kereta, bahkan terdapat lapan unit tempat meletak bas bagi mereka yang ingin membawa rombongan.

Untuk surau pula, terdapat dua surau di Raia Hotel yang mana masing-masing boleh memuatkan sehingga 100 orang jemaah.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan bolehlah melayari laman sesawang Raia Hotel and Convention Centre, Kuching. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan