Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kemudahan penginapan serta keindahan alam semula jadi di Sematan termasuk di Telok Melano semakin menarik kehadiran pengunjung luar. Foto, Firdaus Ismail, TVS.

Kerajaan salur RM194 juta tingkat keselamatan sempadan Sarawak – Indonesia

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 8 Mac: Kerajaan meluluskan peruntukan berjumlah RM194 juta untuk membina serta menaik taraf beberapa Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Sarawak.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, peruntukan itu juga akan digunakan untuk membina pos kawalan dan kuarters Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di empat lokasi di sana.

Jelas beliau, antara yang termasuk dalam pakej projek berkenaan ialah kerja – kerja menaik taraf ICQS Tebedu, pembinaan ICQS dan kuarters JIM Serikin dan pos kawalan dan JIM di Ba’kelalan.

“Kerajaan juga akan membina Pos JIM dan pos kawalan di Teluk Melano,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Saifuddin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Roy Angau Gingkoi (Gabungan Parti Sarawak – Lubok Antu) yang ingin tahu apakah langkah proaktif kerajaan untuk meningkatkan tahap keselamatan negara susulan pemindahan ibu kota baharu Indonesia, ke Kalimantan.

Sementara itu, Saifuddin berkata, pemilihan Nusantara sebagai ibu negara baharu Indonesia dijangka akan turut meningkatkan aliran keuar masuk rakyat Malaysia dan negara itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan