KOTA KINABALU, 8 Mac : Duta Besar Republik Brazil mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor di Menara Kinabalu, hari ini.
Ary Norton de Murat Quintella yang berkunjung ke Malaysia mengambil kesempatan berjumpa dengan Hajiji untuk memperkukuh hubungan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang di antara negara Brazil dan Malaysia amnya dan Sabah khususnya.
Ary Norton yang tertarik dengan keindahan Gunung Kinabalu, kecantikan pantai dan pulau di sekitar bandaraya Kota Kinabalu turut dibawa Hajiji meninjau keindahan pemandangan dari tingkat 33 Menara Kinabalu. – TVS