Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
GrabFood.

GrabFood memperluas Saver Delivery bagi caj penghantaran terendah

ByBernama

KUALA LUMPUR, 8 Mac: GrabFood memperluas pilihan Saver Delivery atau Penjimatan Penghantaran ke bandar-bandar di seluruh negara sekali gus membolehkan lebih ramai pengguna memilih caj penghantaran daripada serendah RM1 bermula 28 Februari lepas.

GrabFood dalam kenyataan memaklumkan Saver Delivery yang dimulakan pada November 2022 membolehkan pengguna membuat pesanan daripada rangkaian restoran terluas di GrabFood sebagai pertukaran untuk masa penghantaran yang lebih lama.

“Grab melakukan ini dengan mengumpulkan pesanan dari arah sama yang akan dilalui oleh rakan kongsi penghantaran. Ini bermakna pilihan Saver Delivery hanya tersedia untuk rakan kongsi peniaga yang layak, bergantung kepada masa pesanan dan lokasi.

“Selain menjadi pilihan kepada kos yang lebih efisien kepada pengguna, pendapatan rakan kongsi penghantaran juga tidak terjejas memandangkan mereka akan juga diberi pampasan untuk penghantaran berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Menurut GrabFood, peluasan Saver Delivery turut menyaksikan pengenalan Direct Delivery dalam pilihan penghantaran yang diubah suai yang menyediakan masa penghantaran lebih singkat kepada pengguna yang tergesa-gesa menerima pesanan mereka.

“Bersekali dengan pilihan baharu ini, ciri-ciri seperti dapat menjadual pesanan anda dan memilih untuk mengambil pesanan sendiri yang bertujuan menyediakan pengguna pelbagai pilihan mudah dalam mendapatkan makanan mereka,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia, Tan Jiong Jian berkata, dengan menjadikan penghantaran makanan lebih mudah diakses oleh pengguna dan memenuhi pelbagai jenis pemakan, pilihan penghantaran yang diubah suai juga akan memanfaatkan rakan kongsi penghantaran dan rakan peniaga GrabFood dengan merangsang peluang pendapatan tambahan.

“Kami komited untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami dalam menyediakan penyelesaian nilai tambah kepada semua dalam ekosistem yang bergantung pada platform.

“Menerusi ini, kami berharap kami dapat terus melindungi kemampanannya – terus menyediakan kemudahan mampu milik kepada pengguna dan sebagai sumber peluang pendapatan kepada peniaga dan rakan kongsi penghantaran,” menurut Tan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan