Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dara Kenyalang bersiaran setiap Ahad, 3 petang, siaran ulangan setiap Selasa, 3 petang dan Jumaat 8.45 malam, hanya di saluran 122 Astro dan MYTV. Foto: Dara Kenyalang

Dara Kenyalang episod 4 mencabar peserta peragakan ‘catwalk’

ByTVS

KUCHING, 8 Mac: Dengan selesainya episod keempat program ratu cantik Dara Kenyalang pada Ahad lepas (5 Mac), kini bermulalah tugasan pertama Dara Kenyalang yang layak masuk ke Top 12.

Sebelum memulakan cabaran, peserta akan menghadiri kelas terlebih dahulu dengan jurulatih.

Pada setiap sesi penyingkiran, peserta akan menggunakan koleksi pereka fesyen ketika runway catwalk di hadapan juri.

Untuk episod empat pada 5 Mac, program terbitan TVS ini bertemakan Cruise Collection dari pereka fesyen Nasha Preve.

Tugasan pertama mereka ialah catwalk tetapi dibahagikan kepada dua segmen membabitkan jurulatih yang berbeza.

Untuk cabaran pada segmen pertama, peserta akan catwalk dengan menggunakan sugu tinggi yang diajar oleh Viviana Winston.

Segmen ini akan dinilai melalui bagaimana peserta dapat mengimbangi sugu tinggi ketika catwalk.

Pada segmen yang kedua mereka telah dibahagikan kepada kumpulan merangkumi dua orang dalam satu kumpulan.

Kumpulan pertama ialah Joecylyn dan Priscilla, kumpulan kedua ialah Clera dan Steffy, kumpulan ketiga Monica dan Tonnia, bagi kumpulan empat Alicia dan Desheila, kumpulan kelima Lofrenska dan Dearie manakala kumpulan enam Amanda dan Emmyissa.

Pada segmen ini pula akan dinilai dari kerjasama mereka ketika catwalk berkumpulan.

Untuk episod empat, Willy Alfred menjadi hos bagi rancangan Dara Kenyalang sehingga final nanti.

Selain itu, juri yang turut hadir pada sesi penyingkiran adalah Angela Martin dan Wendy Earnest selaku juri tetap. Emil Hamlyn dan Vicky Fong juga turut hadir sebagai juri jemputan.

Pemenang bagi cabaran dalam episod empat ialah Alicia Minod bagi segmen pertama catwalk menggunakan sugu tinggi, segmen kedua pula kumpulan kedua iaitu Clera dan Steffy catwalk berkumpulan.

Terdapat tiga nama yang telah tersenarai dalam tiga markah terendah bermulanya dari Tonnia, Joecylyn dan Emmyissa. Setiap cabaran akan adanya penyingkiran dan untuk episod keempat semalam, peserta yang tersingkir ialah Joecylyn.

Joecylyn mengucapkan terima kasih kepada keluarga dan kawan-kawannya yang sentiasa menyokong dan menyarankan dia masuk ke dalam rancangan Dara Kenyalang ini.

Selesai sudah cabaran pertama mereka dan apakah cabaran yang seterusnya? Nantikan episod kelima pada Ahad ini.

Program realiti ini tidak hanya menekankan pada penampilan, tetapi juga kebolehan dan keunikan personaliti diri.

Dengan adanya peluang menggunakan platform ini, diharapkan bertemu wajah-wajah baru yang bakal memperkayakan industri hiburan terutama di Sarawak dan memperkenalkan Sarawak kepada pentas dunia. Agaknya, siapakah yang akan bakal dinobatkan sebagai ratu Dara Kenyalang?

Jangan lupa Saksikan Dara Kenyalang setiap Ahad, 3 petang dan siaran ulangan pada setiap Rabu 2 petang dan setiap Jumaat, 8:45 malam hanya di TVS saluran 122 Astro dan MYTV.

Ikuti perkembangan Dara Kenyalang di semua laman media sosial @dara_kenyalang dan @tvs_entertainment dan layari lama sesawang kami di www.tvstv.my. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan